CARA MANDI WAJIB YANG BETUL
Mandi
wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika
dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang
betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri
atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota
badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam
yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi
tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat
yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai
mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap
orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak
mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air
keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku
mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib
kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia
hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja
aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau
ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota
badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota
badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga
tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang
ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat
Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu
boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang
ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit,
rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung
pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di
dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam
kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian
bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula
selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu
diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih
dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna
pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang
yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan
inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula
ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh
JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi
tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya
menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan
ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu
wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri
daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana
bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3
sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas
dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di
mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut
dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia
dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah
wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur
adalah makruh.
Sumber : Jakim
Credit utk http://hasnulhadiahmad.com
Wallahu’alam….